Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Khaidzir Shahari sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa mulai 7 April ini.
Menurut kenyataan rasmi LZS, Mohd Khaidzir akan menggantikan Mohd Sabirin Mohd Sarbini yang akan menamatkan tempoh tiga tahun perkhidmatannya sebagai CEO LZS pada 31 Mac ini.
“LZS berharap pelantikan Mohd Khaidzir dapat memperkukuh struktur pengurusan dan pelaksanaan operasi serta mempertingkatkan amalan tadbir urus korporat bagi memastikan daya saing berterusan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di Selangor, khususnya golongan asnaf,” menurut kenyataan itu.
Mohd Khaidzir memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang tadbir urus korporat, kewangan, pengurusan risiko, pematuhan, kawalan dalaman serta pengauditan.
Sepanjang kerjayanya, beliau memainkan peranan penting dalam pelaksanaan penilaian kawalan dalaman, audit risiko dan penstrukturan semula tadbir urus korporat.
Beliau turut berpengalaman dalam memberikan khidmat nasihat serta pengauditan kepada pelbagai jenis organisasi termasuk syarikat antarabangsa, syarikat tersenarai awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), institusi kewangan serta agensi antarabangsa.
Mohd Khaidzir memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan merupakan akauntan bertauliah berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Beliau juga merupakan ahli bertauliah Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), pemegang kelayakan Certified Global Management Accountant (CGMA) dan Certified Internal Auditor (CIA), selain menjadi ahli Jawatankuasa Kewangan Islam di bawah MIA.
Dengan kepakarannya, beliau turut diberi kepercayaan untuk menerajui Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) sebagai Presidennya.