2026 © Hak Cipta Terpelihara.
BayarZakat2u
Secara Online
Dapatkan Resit Zakat & 100% Rebat Cukai LHDN.













































Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun bank Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf di Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor
Pembayar zakat akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Pembayar zakat akan mendapat 2.5% rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pembayaran zakat anda akan terus ke akaun Lembaga Zakat Selangor secara langsung tanpa melalui akaun mana-mana entiti lain
Hasil kutipan zakat disalurkan terus ke golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor
BayarZakat2u.com.my Menyediakan Perkhidmatan Taksiran, Pembayaran & Resit Zakat Selangor, Sejak Tahun 2014.
Diuruskan oleh
Pusat Pendidikan Al Hikmah,
Penolong Amil IPIS,
Lembaga Zakat Selangor (LZS).
2026 © Hak Cipta Terpelihara.
BayarZakat2u
2026 © Hak Cipta Terpelihara. BayarZakat2u
Dikemas kini: 3 Oktober 2026. Nisab dan kadar merujuk pengumuman Lembaga Zakat Selangor.
Jawapan ringkas
Zakat harta ialah zakat atas harta yang dimiliki seorang Muslim, seperti pendapatan, simpanan, emas, ASB, KWSP, saham dan perniagaan. Kadarnya 2.5% bagi kebanyakan jenis harta, apabila cukup nisab dan (bagi zakat yang bersyarat haul) dimiliki genap setahun. Nisab zakat Selangor bagi Julai hingga Disember 2026 ialah RM38,748 (sumber: Lembaga Zakat Selangor).
Kira mengikut jenis harta: pendapatan, simpanan, ASB, emas, KWSP, perniagaan, gratuiti, harta lain.
Untuk zakat ke atas gaji, lihat kiraan zakat pendapatan langkah demi langkah.
BayarZakat2u dikendalikan oleh Pusat Pendidikan Al Hikmah (Maahad Tahfiz Al Hikmah), Penolong Amil IPIS lantikan Lembaga Zakat Selangor (Kod PA 2291). Semak dalam senarai rasmi Panel LZS. Kadar dan nisab zakat di halaman ini merujuk Lembaga Zakat Selangor.
Membayar zakat harta adalah satu bentuk ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang sudah mencapai nisab tertentu dalam harta kekayaannya. Namun mungkin anda mesti tertanya-tanya, apa itu nisab dan macam mana nak bayar zakat? Usah risau, kami akan terangkan semua ni dengan mudah dan lengkap.
Jadi, apa itu zakat harta? Zakat harta ini merujuk kepada zakat yang dikenakan ke atas harta kekayaan yang dimiliki oleh seorang muslim. Sebenarnya terdapat banyak jenis zakat harta mengikut jenis harta yang dimiliki, seperti zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat saham, zakat KWSP, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian dan zakat ternakan.
Namun jangan risau, anda tidak perlu memahami kesemua jenis zakat ini satu persatu kerana setiap jenis zakat ini ada peraturan dan syarat yang berbeza-beza. Kita hanya perlu tahu jenis harta yang kita miliki dan macam mana cara bayar zakat untuk harta tu.
Jom kita tengok contoh, kita ada Adik dan Kakak. Adik bekerja dan ada simpanan dalam akaun bank, manakala Kakak bekerja dalam sektor perniagaan dan mempunyai saham dalam syarikat yang beroperasi dalam bidang agroteknologi. Kedua-duanya perlu membayar zakat, tapi cara pembayaran zakat untuk Adik dan Kakak berbeza.
Untuk Adik, dia perlu menilai zakat pendapatan dan zakat simpanan. Zakat pendapatan dikira 2.5% atas pendapatan setahun yang cukup nisab, dan di Selangor kaedah LZS boleh menolak Had Kifayah dan caruman KWSP terlebih dahulu. Zakat simpanan pula 2.5% atas baki terendah setahun jika cukup nisab dan haul. Jadi, jika baki terendah Adik sepanjang setahun ialah RM50,000, zakat simpanannya ialah RM1,250. Jika bakinya RM25,000 dan tiada simpanan lain, ia belum mencapai nisab.
Sementara itu, Kakak perlu menilai zakat perniagaan dan zakat saham. Zakat perniagaan bukan dikira atas keuntungan, tetapi atas harta perniagaan bersih: aset semasa tolak liabiliti semasa, tambah atau tolak pelarasan, kemudian didarab 2.5%. Zakat saham pula 2.5% atas nilai pasaran saham yang dimiliki, apabila jumlah harta zakat Kakak cukup nisab dan haul.
Bagi mereka yang mempunyai wang pengeluaran KWSP, emas, perak, hasil pertanian atau ternakan, cara pengiraan berbeza mengikut jenis harta. BayarZakat2u menyediakan panduan dan kalkulator bagi setiap jenis, dan bayaran boleh dibuat secara online dengan resit rasmi. Lihat jenis-jenis zakat.
Jadi, mari kita kembali kepada persoalan utama – apa itu zakat harta? Secara mudahnya, zakat harta adalah salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib dipenuhi oleh setiap Muslim yang mampu. Ia adalah zakat yang dikenakan ke atas harta atau kekayaan yang dimiliki oleh seseorang pada setiap tahun kalendar Hijrah. Zakat harta bertujuan untuk membersihkan harta daripada unsur-unsur kotor seperti sifat tamak dan rakus serta untuk membantu orang-orang yang memerlukan seperti asnaf dan fakir miskin.
Bagaimanakah cara mengira zakat harta? Zakat harta ialah 2.5% daripada jumlah harta yang mencapai nisab. Nisab ialah paras minimum harta, bersamaan nilai 85 gram emas. Bagi zakat yang bersyarat haul, seperti simpanan dan emas, harta itu mesti kekal pada atau melebihi nisab selama setahun sebelum zakat wajib dibayar. Anda boleh terus mengira dengan kalkulator zakat harta.
Contohnya, Maryam mempunyai simpanan dalam dua akaun bank, RM30,000 dan RM15,000, yang kekal sepanjang setahun. Jumlahnya RM45,000, melebihi nisab Selangor RM38,748 bagi Julai hingga Disember 2026. Zakat simpanannya ialah RM45,000 × 2.5% = RM1,125.
Zakat pendapatan dikenakan ke atas pendapatan yang diperolehi oleh seseorang dalam setahun. Jadi, jika anda mempunyai pekerjaan tetap atau bisnes sendiri, anda perlu membayar zakat atas pendapatan yang diperolehi setiap tahun.
Zakat simpanan dikenakan ke atas jumlah wang yang disimpan dalam akaun bank atau institusi kewangan yang lain. Jumlah zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% daripada jumlah simpanan anda.
Zakat saham dikenakan ke atas nilai saham yang dimiliki dalam syarikat. Jumlah zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% daripada nilai saham pada akhir tahun kewangan. Lihat zakat pelaburan saham dan, bagi unit amanah, cara kira zakat pelaburan.
Zakat perniagaan dikenakan ke atas harta perniagaan bersih, iaitu aset semasa tolak liabiliti semasa, tambah atau tolak pelarasan. Jumlah zakat ialah 2.5% bagi bahagian milikan Muslim, jika cukup nisab dan haul. Lihat cara kira zakat perniagaan dan cara mengira zakat perniagaan.
Zakat emas dikenakan ke atas jumlah emas yang dimiliki selama setahun. Jumlah zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% daripada jumlah emas yang dimiliki jika cukup nisab. Lihat bila perlu bayar zakat emas dan cara pengiraannya.
Zakat perak dikenakan ke atas jumlah perak yang dimiliki selama setahun. Jumlah zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% daripada jumlah perak yang dimiliki.
Zakat pertanian dikenakan ke atas hasil tanaman yang diperolehi setiap tahun. Jumlah zakat yang perlu dibayar adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis tanaman dan kuantiti hasil yang diperolehi.
Zakat ternakan dikenakan ke atas ternakan yang dimiliki dalam setahun. Lihat cara kira zakat ternakan.
Janganlah terlepas peluang untuk memenuhi kewajipan sebagai seorang Muslim yang berada dalam keadaan mampu untuk membayar zakat harta. Dengan membayar zakat harta, kita dapat membersihkan harta yang kita miliki dan memperoleh keberkatan daripada Allah SWT. Lebih daripada itu, kita juga dapat membantu meringankan beban dan membantu mereka yang memerlukan.
Zakat atas harta yang dimiliki seorang Muslim, seperti pendapatan, simpanan, emas, ASB, KWSP, saham dan perniagaan, apabila cukup syarat nisab dan haul yang berkaitan.
Bagi kebanyakan jenis harta, 2.5%. Zakat pertanian, ternakan dan harta karun mempunyai kadar tersendiri.
RM38,748 bagi Julai hingga Disember 2026, bersamaan nilai 85 gram emas. Bagi Januari hingga Jun 2026, nisab ialah RM42,047.